Sejarah Windows

Windows ialah sebuah sistem pengendalian yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows Vista yang dilancarkankan pada tahun 2007.

Senarai kandungan
1 Keluarga Microsoft Windows
1.1 Suasana pengendalian 16-bit
1.2 Suasana pengendalian hibrid 16/32-bit
1.3 Sistem pengendalian hibrid 16/32-bit
1.4 Sistem pengendalian 32-bit (keluarga NT)
1.5 Sistem pengendalian terbenam (untuk peranti elektronik)
2 Garisan masa setiap versi Windows
3 Fungsi
4 Ciri-ciri utama
5 Antaramuka asas Microsoft Windows
6 Perisian percuma di dalam Windows
7 Kelemahan dan Kelebihan Microsoft Windows
7.1 Kelemahan
7.2 Kelebihan
7.3 10 kelebihan SP2


[sunting] Keluarga Microsoft Windows
Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaiktaraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengendalian.

Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.


Suasana pengendalian 16-bit
Windows 1.0
Windows 2.0
Suasana pengendalian hibrid 16/32-bit
Windows 3.0 dan Windows 3.1
Sistem pengendalian hibrid 16/32-bit
Windows 95
Windows 98
Windows Me
Sistem pengendalian 32-bit (keluarga NT)
Windows NT
Windows 2000
Windows XP
Windows Vista
Sistem pengendalian terbenam (untuk peranti elektronik)
Windows CE
Windows Mobile

Garisan masa setiap versi Windows
Tarikh pelancaran Nama produk Versi Nota
November 1985 Windows 1.01 1.01 Tidak disokong
November 1987 Windows 2.03 2.03 Tidak disokong
Mac 1989 Windows 2.11 2.11 Tidak disokong
Mei 1990 Windows 3.0 3.0 Tidak disokong
Mac 1992 Windows 3.1 3.1 Tidak disokong
Oktober 1992 Windows For Workgroups 3.1 3.1 Tidak disokong
Julai 1993 Windows NT 3.1 3.1 Tidak disokong
Disember 1993 Windows For Workgroups 3.11 3.11 Tidak disokong
Januari 1994 Windows 3.2 (Dilancarkan dalam versi Cina Mudah sahaja) 3.2 Tidak disokong
September 1994 Windows NT 3.5 3.5 Tidak disokong
Mei 1995 Windows NT 3.51 3.51 Tidak disokong
Ogos 1995 Windows 95 4.0.950 Tidak disokong
Julai 1996 Windows NT 4.0 4.0 Tidak disokong
Jun 1998 Windows 98 4.10.1998 Tidak disokong
Mei 1999 Windows 98 SE 4.10.2222 Tidak disokong
Februari 2000 Windows 2000 5.0.3700.6690 Sokongan Lanjutan sehingga 13 Julai 2010[1]
September 2000 Windows Me 4.90.3000 Tidak disokong
Oktober 2001 Windows XP 5.1.2600 Tidak disokong bagi versi RTM dan Pek Servis 1. Sokongan untuk Pek Servis 2.
Mac 2003 Windows XP 64-bit Edition 2003 5.2.3790 Tidak disokong
April 2003 Windows Server 2003 5.2.3790 Tidak disokong bagi versi RTM. Sokongan bagi Pek Servis 1, R2 dan Pek Servis 2.
April 2005 Windows XP Professional x64 Edition 5.2.3790 Sokongan semasa
Julai 2006 Windows Fundamentals for Legacy PCs 5.1.2600 Sokongan semasa
November 2006 (pelesenan jilid)/Januari 2007 (runcit) Windows Vista 6.0.6000 Sokongan semasa
Julai 2007 Windows Home Server 5.2.4500 Sokongan semasa
Februari 2008 (dirancang) Windows Server 2008 6.0.6001 Pelancaran akan datang
2010 atau lebih kemudian (dirancang) Windows 7 (Asalnya dengan kod nama Blackcomb, kemudiannya Vienna) 7.0 Pelancaran akan datang

Fungsi
Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan. Sistem Pengoperasian (OS) membekalkan perkhidmatan (service) kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membenarkan Ahli Program menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer. Selain itu fungsi sistem pengoperasian Microsoft Windows adalah ia sebagai susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer. Ia dibuat untuk mengarahkan komputer melaksanakan, mengawal, menjadualkan, dan menyelaraskan sesuatu operasi komputer.

Ciri-ciri utama

Paparan muka hadapan Windows Vista, keluaran windows terkini.Terdapat pelbagai ciri utama dalam sistem operasi Windows terutama Windows XP antara ia mementingkan kepada tiga aspek utama iaitu setting, kemaskini dan tahap keselamatan. Windows XP ini juga menjadikan lebih mudah untuk menyusun dan menguruskan sumber sekuriti melalui peralatan sekuriti mantap, mudah dicapai dan intuitif dengan seting yang dipertingkatkan antaranya seperti pusat sekuriti Windows dan pengurusan berpusat bagi Windows Firewall dan Internet Explorer (IE) Di samping itu Windows XP SP2 ini juga membaiki keupayaan pengguna untuk memastikan sentiasa selamat melalui penyaluran lebih banyak maklumat bagi membuat keputusan yang membabitkan sekuriti dan tahap rahsia mereka.

Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sekuriti dan sokongan teknologi baru yang mana semuanya menyediakan pengalaman pengguna akhir lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini.

Selain itu disediakan bar maklumat IE yang menyediakan maklumat terbaik mengenai setting IE di samping memberi amaran kepada pengguna mengenai kawalan dan muat turun yang tidak ditandatangani.

Selain daripada itu permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya. Di dalam Microsoft Windows XP, permukaannya adalah lebih cantik yang di sebut sebagai Luna. Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah samada yang telah sedia ada ataupun dengan menggunakan aplikasi lain antaranya yang popular adalah StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuan pengguna antaranya pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet. Didalam perisian Windows juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.


[sunting] Antaramuka asas Microsoft Windows
Sebaik sahaja proses but selesai, anda akan dapat melihat paparan antaramuka bagi Windows. Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer (dikenali sebagai Computer di dalam Windows Vista), Recycle Bin dan sebagainya. Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras.

Di sebelah bawah pula terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan. Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, dulang sistem dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka (jika ada). Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain. Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking). Dulang sistem pula menempatkan jam, kawalan suara, ikon peringatan sistem serta beberapa ikon bagi program yang berjalan secara latar belakang seperti perisian antivirus.

Menu Start menempatkan senarai penuh program yang dipasang di dalam Windows, pautan ke Panel Kawalan, Bantuan dan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows. Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai.

Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap. Sebuah tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status. Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop)/Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program).

Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.


Perisian percuma di dalam Windows

Windows Media Player 11 yang didatangkan percuma di dalam Windows VistaInternet Explorer
Windows Media Player
Windows Movie Maker
Windows Defender

Kelemahan dan Kelebihan Microsoft Windows

Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pengoperasian Windows antaranya ialah gangguan virus, penggodam, worm, dan lain-lain.


Kelebihan
Didalam sistem pengoperasian Microsoft Windows terdapat banyak kelebihan terutamanya dalam Windows XP (SP2). Windows XP SP2 utamakan aspek keselamatan :

10 kelebihan SP2
Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2 .antara kelebihannya ia lebih mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows ini ialah:

Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.
Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.
Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya di samping memberikan anda pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.
Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.
Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.
Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.
Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih efisyen.
Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam.
Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Cirijavascript:void(0) baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.
Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian wayarles di rumah atau dalam perjalanan.
[papar]v • d • eMicrosoft Windows
MS-DOS / 9x 1.0 • 2.0 • 2.1x • 3.0 • 3.1x • 95 • 98 • Me
NT NT 3.1 • NT 3.5 • NT 3.51 • NT 4.0 • 2000 • XP • Server 2003 • Fundamentals for Legacy PCs • Vista • Home Server • Server 2008
CE CE 1.0 • CE 2.0 • CE 3.0 • CE 4.0 • CE 5.0 • CE 6.0 • Mobile
Akan datang 7 • Server 7
Projek dibatalkan Neptune • Odyssey • Nashville • Cairo
Projek lain dan berkaitan OS/2

Comments